Friday, October 16, 2009

Sistem penggredan baru untuk SPM

Mesyuarat Jemaah Menteri bertarikh 9 September 2009 telah bersetuju supaya Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) melaksanakan sistem penggredan baru Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) mulai tahun peperiksaan 2009. Perubahan sistem penggredan ini bertujuan memperincikan pencapaian Gred A calon yang mencapai tahap sangat cemerlang di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).
2. Perubahan ini melibatkan penambahan Gred A+ yang lebih tinggi daripada gred tertinggi sedia ada 1A. Gred-gred lain diubah seperti jadual berikut:



3. Adalah menjadi tanggungjawab Pengetua dan pengurus sekolah memberikan penjelasan yang secukupnya berhubung sistem penggredan baru kepada semua murid yang akan menduduki peperiksaan SPM tahun 2009. Ini adalah penting kerana urusan permohonan kemasukan ke Institut Pengajian Tinggi bagi tahun kemasukan 2010 akan mengguna pakai sistem penggredan baru ini.
4. Sila memaklumkan kandungan surat pekeliling ikhtisas ini kepada semua pegawai yang bertanggungjawab di Jabatan Pelajaran Negeri, Pejabat Pelajaran Daerah dan semua pengetua di bawah pentadbiran Y.Bhg. Datuk/Dato’/Datin/Tuan/Puan.
Sekian. Terima Kasih.

RIMUP


Program RIMUP yang bermaksud Rancangan Integrasi Murid Untuk Perpaduan telah dijalankan di SMK Sultan Tajul Ariffin pada hari sabtu yang lalu. Ianya telah dirasmikan oleh Tuan Pengetua iaitu Tn Hj. Mohd Kamil bin Ab. Rahman.

Rasional projek ini dijalankan ialah untuk memberi kesedaran kepada warga sekolah tentang pentingnya mewujudkan perpaduan antara kaum demi keharmonian bersama melalui sambutan hari perayaan.

Program ini telah dijalankan baru-baru ini dan mendapat sambutan yang menggalakkan dari kalangan guru dan pelajar. Program berjalan dari awal pagi dan meliputi beberapa kawasan seperti masjid Manong, tanah perkuburan dan tadika Islam. Diharapkan program seperti ini akan dapat diteruskan dan sentiasa mendapat sambutan.

Thursday, October 15, 2009

PENGETUA BARU


Inilah pengetua baru SMK Sultan Tajul Ariffin. Beliau ialah Tn Hj Mohd Kamil bin Ab. Rahman yang menggantikan Pn Hajjah Norliah bt Mohd Lazim yang berpindah ke SMK Clifford Kuala Kangsar.

INTRANET

Apa dia intranet ni? Baru-baru ni pengetua SMK Sultan Tajul Ariffin yang baru iaitu Tn Hj Mohd Kamil dalam pertemuannya yang pertama dengan para guru telah menyentuh mengenai intranet ini.

Sebenarnya intranet ini boleh diringkaskan seperti berikut.

Intranet
– Satu rangkaian yang memberi services yang sama seperti yang ditawarkan oleh Internet tetapi tidak sepertinya disambungkan kepada internet. Intranet boleh dikatakan LAN tetapi hanya menggunakan protokol IP.Kelajuan intranet mengikut kelajuan LAN.

Ianya tentulah berbeza dengan extranet dan internet.

Extranet – Apabila intranet diperluaskan ke internet dan hanya boleh dicapai oleh pengguna tertentu maka ini dikenali sebagai Extranet.Protokol kelajuan sama seperti internet.

Internet - Internet adalah rangkaian kawasan luas yang menyambungkan beribu-ribu rangkaian kawasan setempat dengan hanya menggunakan protocol IP sebagai protokol penghubung.

Begitulah serba ringkas mengenai intranet, extranet dan internet. InsyaAllah, fungsi intranet ini akan diterangkan dalam posting yang akan datang.

Tak sabar rasanya untuk melihat sekolah ini menggunakan fungsi intranet ini sepenuhnya.

Wednesday, October 14, 2009