Monday, April 19, 2010

KEM KEPIMPINAN PENGAWAS SMKSTA DI CAMERON HIGHLAND

Akhirnya Kem kepimpinan Pengawas SMKSTA dapat di realisasikan. Bertempat di Pusat Peranginan Persekutuan, Cameron Highland Kem Kepimpinan ini bertujuan melahirkan pengawas sekolah SMKSTA yang lebih berketrampilan dan mantap dari segi sahsiah dan fizikal. Kem ini berjalan selama 3 hari 2 malam dengan di ketuai oleh Kem Komanden iaitu En Mohd Norazam bin Hj Azuddin dan Puan Hazlina Hawari. Yang menariknya Tuan Hj Mohd Kamil bin Ab Rahman telah turut sama menyertai kem kepimpinan ini dari mula hingga ke majlis penutup.
Pengawas sekolah selama 56 orang telah dibawa ke Pusat Peranginan ini oleh sebuah bas dan AJK pengangkutan yang dianggotai oleh Tn Hj Ahmad Damahuri, En Ramlee Saad, En Hairul Fadli dan Cik Suriani. Pn Faridahanim dan Hazlina Hawari mengetuai para pelajar di dalam bas. Tn Hj Rahimi dan Cik Haryati pula mengetuai bahagian logistik dan makanan. Kehadiran beberapa orang guru seperti Pn Masira dan suami, Cik Qathreen, Cik Shima, Cik Roshita dan Kak Bi turut sama membantu melancarkan lagi program yang dijalankan.
Pada peringkat awalnya, para pengawas sekolah telah didedahkan dengan sessi Ice Breaking yang di kendalikan oleh En Abd Rajak bin Hj Zainal Abidin iaitu Penolong Kanan Kokurikulum SMKSTA. Sessi Tazkirah selepas maghrib telah dikendalikan oleh En Aminuddin dan En Mior Anuar yang telah sudi menjalankan majlis zikir terlebih dahulu. Terimakasih diucapkan kepada mereka berdua yang sanggup bersengkang mata sehingga jam 2 pagi sebelum pulang pada malam yang sama.
Para pengawas juga telah dibangunkan sendiri oleh Tuan Pengetua untuk sama-sama bersembahyang Tahajud seawal jam 4.30 pagi lagi. Ustar Azhar Din, guru disipilin sekolah yang amat disegani telah mengetuai program ini. Selepas solat subuh program Riadah telah dijalankan oleh Cik Suriani dengan di bantu oleh Cik Shima dan Cik Qathreen, En Ramlee Saad, Tn Hj Rahimi bersama isteri serta Pn Hazlina.
Para Pengawas sekolah juga telah didedahkan dengan Teknik Pengucapan Awam yang dikendalikan oleh Tn Hj Ahmad Damahuri, Guru Cemerlang Sains SMKSTA. Selepas itu sesi Forum antara Pengawas SMKSTA dan Guru Disiplin SMKSTA berjalan dengan agak 'panas' tetapi penting demi memartabatkan para pengawas SMKSTA di kaca mata pelajar, guru dan seluruh warga sekolah.
Para pengawas SMKSTA kemudiannya telahpun membuat beberapa cadangan dan penambaikan yang perlu mereka lakukan sebaik saja pulang ke sekolah nanti. Pada sesi malam penutup pertandingan lagu patriotik telah dijalankan. Sesi 'Broken Square' pula telah dilaksanakan dengan jayanya apabila para pengawas berjaya membuat satu ikrar bersama.
Majlis Penutup Kem Kepimpinan Pengawas telah dilaksanakan oleh Tuan Pengetua sendiri sebelum para pengawas menyertai 'Kembara Minda' dengan melawat beberapa tempat menarik di Cameron Highland.
Adalah diharapkan Kem Kepimpinan Pengawas ini merupakan satu langkah permulaan dalam melahirkan para pengawas SMKSTA yang lebih berkualiti dan berketrampilan. Menjawab pertanyaan seorang sahabat, 'Adakah Kem ini berjaya mencapai matlamatnya?' Saya suka menjawab bahawa kerja kita sebagai hambanya adalah berusaha, manakala yang menyembuhkan atau menentukan kejayaannya adalah urusan Allah, maka kita serahkanlah kepadaNya.

No comments:

Post a Comment