Tuesday, February 2, 2010

Kempen Memakai Jaket Keselamatan


Di dalam perhimpunan mingguan hari ini pelajar-pelajar di "demo"kan dengan pemakaian jaket keselamatan. Walaupun tujuan utamanya untuk memberi peringatan kepada pelajar-pelajar yang tinggal di seberang sungai perak, namun semua pelajar juga dapat melihat cara pemakaian jaket keselamatan yang betul dan sepatutnya.


Diharap pelajar yang menyeberang sungai perak setiap hari untuk ke sekolah akan menggunakan jaket yang dibekalkan ini. Sesungguhnya pihak kementerian telah membelanjakan wang yang banyak untuk menyediakan jaket ini kepada pelajar-pelajar. Kita tak mahu perkara yang tak diingini berlaku kepada para pelajar setelah nasihat dan tunjuk ajar cara pemakaiannya dilakukan.....

Nasihat Pegawai Perhubungan Sekolah


Hari ini pegawai perhubungan sekolah (polis) hadir dan memberi ucapan di hadapan pelajar-pelajar dan guru-guru. Beliau dijemput khas bagi menasihati para pelajar mengenai keselamatan dan jenayah di perhimpunan mingguan sekolah.


Sepanjang ucapan beliau, saya dapati banyak nasihat yang berguna telah disampaikan. Beliau mengatakan sekolah ini bukanlah sebuah sekolah yang bermasalah. Bagaimanapun pada bulan Januari 2010 dua siasatan polis telah dibuat terhadap salahlaku pelajar sekolah ini.


"Sebagai seorang pelajar, tugas anda ialah belajar, bukannya melakukan jenayah" kata beliau.
Umur yang muda tidak sepatutnya dikotori dengan rekod jenayah, kerana di dalam negara ini ada tapisan polis dibuat bagi sesaorang yang memohon pekerjaan dan sebagainya. Jangan nanti kerana kesalahan yang dibuat hari ini akan menjejaskan masa depan pelajar sendiri.


Ingatlah, anda semua adalah harapan keluarga, oleh itu belajarlah dengan bersungguh-sungguh, katanya. "Hormati orang tua dan guru-guru dan orang yang lebih tua dari kita. Jangan buat perkara yang salah yang boleh menurunkan nama baik sekolah, jelasnya.

Tuesday, January 26, 2010

Pemantauan Pengurusan Akademik

Hari ini sekolah saya dilawati oleh pegawai dari sector pengurusan akademik Jabatan Pelajaran Perak. Pegawai tersebut melakukan Pemantauan Pengurusan Akademik 2010.

Ada tiga agenda utama yang dilakukan oleh pegawai tersebut. Pertama ialah pemeriksaan fail atau bahan pengurusan akademik. Kedua ialah pencerapan P&P guru di bilik darjah dan ketiga ialah perjumpaan dengan pentadbir kurikulum sekolah.

Antara fail dan bahan pengurusan akademik yang diperiksa ialah fail Mesyuarat Jkuasa Kurikulum sekolah, fail panitia Matematik, fail panitia Sains, Program Kecemerlangan Akademik, Buku pencerapan P&P guru dan analisis peperiksaan awam.

Di akhir pemantauannya, pegawai ini menjelaskan dapatan-dapatannya. Beliau mengatakan sekolah ini berada dalam keadaan ceria dan sangat kondusif untuk proses pengajaran dan pembelajaran. Beliau memuji pengetua sekolah yang sangat komited dalam pengurusan sekolah dengan mengadakan inovasi portal pengurusan pendidikan secara intranet. InsyaAllah ini akan memberi impak yang positif kepada murid-murid.

Beliau juga mengatakan, pengurusan akademik sekolah ini telah diurus dengan terancang kerana maklumat dan senarai semak pengurusan akademik semuanya telah dilaksanakan. Tetapi beberapa perkara masih boleh ditambah nilai. Antaranya beliau mengatakan minit mesyuarat JK Kurikulum mestilah ’detail’ dan ’specific’ kerana ia merupakan dasar kurikulum yang dijalankan di sekolah. Selain daripada itu beliau menyatakan budaya head-count dan post-mortem mesti terus dibudayakan dalam kalangan guru-guru.


Kelihatan pegawai berkenaan menyampaikan dapatan beliau kepada semua PK dan GK
.

Thursday, January 7, 2010

SELAMAT KEMBALI KE SEKOLAH

Kami warga sekolah SMKSTA mengucapkan selamat kembali ke sekolah buat semua guru, kakitangan dan pelajar-pelajar sekolah ini. Buat yang baru menjadi warga SMKSTA, selamat datang dan memeriahkan suasana sessi persekolahan 2010,

Friday, November 13, 2009

LAWATAN KE SBPI, GOPENG



Lawatan Penandarasan - Intranet pada 13 November 2009 ke SBPI, Gopeng telah membuahkan hasil. Pengetua SBPI, En. Dzulkifli telah menawarkan perkongsian pintar perisian Portal Pengurusan Pendidikan kepada SMKSTA.

Monday, November 2, 2009

CONTOH PERANCANGAN STRATEGIK

LAMPIRAN PMP 20

SMK SULTAN TAJUL ARIFFIN, 33800 MANONG, PERAK.

PROGRAM PENINGKATAN PANITIA BIOLOGI

2010

Bil.

AKTIVITI

OBJEKTIF

SASARAN

PERLAKSANAAN

TINDAKAN

CATATAN





J

F

M

A

M

J

J

O

S

O

N

D



1.

Orientasi Sukatan Pelajaran Baru Biologi Tingkatan 4

Pengenalan Sukatan Baru

Tingkatan 4 Sains













Ketua Panitia

Setiap pelajar diberikan satu edaran format peperiksaan terkini

2.

Taklimat PEKA

Pengenalan PEKA (Penilaian Berasaskan Sekolah)

Tingkatan 4 & 5 Sains













Ketua Panitia

Penataran PEKA baru dijalankan bagi semua pelajar Sains T.4 Mac

3.

Projek Sinar Harapan

Meningkatkan kebolehan menjawab pelbagai soalan melalui latih tubi & Diagnostik

Tingkatan 4 & 5













Guru Mata Pelajaran

Dijalankan semasa P&P

4.

Program Ulangkaji

Intensif

Ulangkaji sistematik untuk menghadapi SPM 2009

Tingkatan 5













Latihan berdasarkan Past Years Papers 2004-2008

Gunakan buku yang dibeli oleh Panitia Bio

5.

Teknik menjawab soalan-soalan peperiksaan tahun-tahun lepas

Menguasai teknik menjawab soalan

Tingkatan 5













Sesi teknik menjawab soalan semasa P&P

Menjemput pemeriksa dari luar.

Bil.

AKTIVITI

OBJEKTIF

SASARAN

PERLAKSANAAN

TINDAKAN

CATATAN





J

F

M

A

M

J

J

O

S

O

N

D



6.

Program Learning To Score/WAJA & Program Intervensi

Ulangkaji topik-topik tertentu yang sukar

Tingkatan 5













LTS diterjemahkan dan diedarkan kepad pelajar

Soalan dipilih daripada LTS 2006 dan 2007 secara pilihan

7.

Cintakan Ekosistem

Folio & Persembahan bertajuk Ekosistem Dinamik & Terancam

Tingkatan 4













1 folio isu ekosistem dibuat secara individu

Latihan bertulis semasa cuti Mei & Jun dijalankan

8.

Ops Gemilang

Untuk pelajar yang potensi cemerlang

Tingkatan 5













Guru Mata Pelajaran

Latihan Pengayaan



























Disediakan Oleh :

……………………………….... Tarikh : 14 Nov 2008

( MIMI AZURA BINTI HARIRI )

SMK SULTAN TAJUL ARIFFIN, 33800 MANONG, PERAK.

PELAN STRATEGIK (TAHUN 2010-2013)

PANITIA BIOLOGI

Isu

Masalah

Matlamat

Strategi

Indikator Pencapaian

Mengekalkan peratus kelulusn SPM Biologi 100%

1. Peratus lulus mata pelajaran Biologi bagi PAT ialah 66.22% sahaja berbanding dengn SPM sebenar yang mencapai 100% lulus.

2. Peratus pelajar yang mendapat gred 1A dan 2A tidak mencapai 15% dalam SPM

1. Meningkatkan lulus mata pelajaran Biologi dalam Peperiksaan Kendalian Sekolah mencapai 80% dan SPM mengekalkan 100% bagi 2010-2013.

2. Meningkatkan peratus pelajar-pelajar yang mendapat gred 1A dan 2A bagi mata pelajaran Biologi dalam SPM sehingga 30% menjelang tahun 2013.

1. Meningkatkan kualiti pengajaran guru.

2. Meningkatkan kualiti pembelajaran pelajar.

1. Peratus pelajar lulus mata pelajaran Biologi dalam Peperiksaan kendalian sekolah meningkat dan SPM kekal 100%.

2. Peratus yang mendapat gred 1A dan 2A bagi mata pelajaran Biologi dalam SPM

SMK SULTAN TAJUL ARIFFIN, 33800 MANONG, PERAK.

PELAN TAKTIKAL (TAHUN 2010)

PANITIA BIOLOGI

BIL

PROGRAM

OBJEKTIF

TANGGUNGJAWAB

TEMPOH

KOS / SUMBER

TOV

ETR

INDIKATOR PENCAPAIAN


1.

Projek Sinar Harapan

Meningkat peratus kelulusan dalam peperiksaan dalaman dan awam

Pn. Mimi Azura

Feb - Ogos

Panitia Biologi



% pelajar dalam Peperiksaan Kendalian Sekolah

2.

Ops Gemilang

Meningkat % kredit & cemerlang dalam SPM 2009

Pn. Mimi Azura

Mei-Jun & Sept-Okt

Panitia Biologi



% pelajar menguasai minimum gred 7 & 8 bagi mat pelajaran Bio

3.

Cintakan Ekosistem

Melibatkan pelajar secara aktif & berdikari serta memupuk nilai saintifik, moral & meningkatkan keyakinan diri pelajar.

Pn. Mimi Azura

Mei-Jul

Panitia Biologi



Mutu Folio & Persembahan yang dilaksanakan.


SMK SULTAN TAJUL ARIFFIN, 33800 MANONG, PERAK.

PELAN OPERASI 2010

PANITIA BIOLOGI

Nama Projek :

Projek Sinar Harapan

Objektif :

Meningkatkan prestasi pelajar yang mendapat gred 9F kepada sekurang-kurangnya ke gred 8D & 7D

Tempoh :

Feb hingga Ogos 2010

Kumpulan Sasaran :

Semua pelajar tingkatan 5 dan 4 yang mendapat gred 9F dalam PAT 2008 dan Ujian Piawaian Mac tahun 2009

Guru Terlibat :

Semua Guru mata pelajaran Biologi

Proses Kerja :

1. Ujian Diagnostik Topikal

1.1 Setelah selesai mengajar satu tajuk Biologi,

Ujian Diagnostik di berikan untuk mengesan

kelemahan pelajar.


2. Mengenalpasti Kumpulan Sasaran

2.1 Analisis keputusan PAT serta Ujian Diagnostik

yang telah dijalankan pada 2008 bgi pelajar

tingkatan 5 dan analisis Ujian Piawai 1 bagi

pelajar tingkatan 4 serta Ujian Diagnostik

yang dijalankan.


3. Perbincangan Pelaksanaan Program

3.1 Program dilaksanakan semasa P&P serta di

luar P&P

3.2 Masa 40 minit setiap dua minggu.


4. Perlaksanaan Program

4.1 Pelajar diberikan latih tubi menggunakan

sumber dari Latih Tubi Topikal WAJA.

4.2 Fokus kepada Learning Ouncomes dalam

buku teks.

4.3 Penilaian dijalankan dari hasil pelajar pada

akhir setiap sesi.

Kekangan :

1. Kelas/tempat untuk menjalankan program terhad.

2. Masa perlaksanaan yang bertindih dengan aktiviti lain.

Pemantauan :

Penilaian dilakukan oleh Pengetua/Penolong Kanan/Guru Kanan/Ketua Panitia mengikut jadual pemantauan yang disediakan oleh pihak pentadbir.

Penilaian :

Penilaian dibuat selepas PPT,Ujian Piawai ogos dan Peperiksaan Percubaan SPM bagi mengenalpasti keberkesanan Program yang dijalankan.

Penambahbaikan :

Penambahbaikan akan dilakukan selepas setiap hasil penilaian diperolehi.

SMK SULTAN TAJUL ARIFFIN, 33800 MANONG, PERAK.

PELAN OPERASI 2010

PANITIA BIOLOGI

Nama Projek :

Ops Gemilang

Objektif :

Meningkatkan peratus kredit & cemerlang dalam peperiksaan awam SPM 2010

Tempoh :

Mei-Jun & Sept-Oktober 2010

Kumpulan Sasaran :

Semua pelajar tingkatan 5 (Kelas Sains)

Guru Terlibat :

Semua Guru mata pelajaran Biologi

Proses Kerja :

1. Taklimat Program Ops gemilang

Ucapan Ketua Panitia

Penerangan tentang program Ops Gemilang


2. Mengenalpasti Kumpulan Sasaran

Semua pelajar tingkatan 5 aliran Sains

berdasarkan TOV


3. Perbincangan Pelaksanaan Program

3.1 Program dilaksanakan semasa cuti persekolahan

pertengahan tahun, cuti Ogos dan selepas PP


4. Perlaksanaan Program

4.1 Pelajar diberikan latihan tambahan yang harus

disiapkan semasa cuti pertengahan dan akhir

tahun.

4.2 Soalan-soalan diperoleh daripada soalan tahun-

tahun lepas & program Intervensi.

4.3 Ceramah teknik menjawab turut dirancang.

Kekangan :

1. Perancangan & Penggunaan masa oleh pelajar secara optimum mungkin menjejaskan pelaksanaan program.

Pemantauan :

Pemantauan dilakukan oleh guru mata pelajaran sebaik sahaja tamat cuti persekolahan.

Penilaian :

Penilaian dibuat daripada hasil kerja dan keputusan setiap peperiksaan dan ujian untuk mengenalpasti keberkesanan program.

Penambahbaikan :

Penambahbaikan akan dilakukan pada bentuk soalan selepas hasil penilaian diperolehi.

SMK SULTAN TAJUL ARIFFIN, 33800 MANONG, PERAK.

PELAN OPERASI 2010

PANITIA BIOLOGI

Nama Projek :

Cintakan Ekosistem

Objektif :

Membolehkan pelajar melibatkan diri secara aktif dan berdikari serta memupuk nilai saintifik, moral dan meningkatkan keyakinan pada diri pelajar.

Tempoh :

Mei-Julai 2010

Kumpulan Sasaran :

Semua pelajar tingkatan 4 (Kelas Sains)

Guru Terlibat :

Semua Guru mata pelajaran Biologi

Proses Kerja :

1. Taklimat Program Tuntun

Ucapan Guru Mata Pelajaran

Penerangan tentang program Cintakan Ekosistem


2. Mengenalpasti Kumpulan Sasaran

Semua pelajar tingkatan 4 Sains yang terlibat


3. Perbincangan Pelaksanaan Program

3.1 Program dilaksanakan semasa proses P&P & luar

waktu P&P


4. Perlaksanaan Program

4.1 Pelajar dibahagikan kepada 6 kumpulan

heterogenous (Setiap kelas)

4.2 Tajuk-tajuk kandungan folio berkaitan dengan

ekosistem terancam & ekosistem dinamik

didedahkan kepada kelas.

4.3 Setiap kumpulan perlu mencari maklumat dari

pelbagai media, menyediakan folio, CD serta

pembentangan semasa P&P

Kekangan :

1. Pelajar tertentu tiada kemahiran menggunakan komputer & internet untuk mencari maklumat.

Pemantauan :

Pemantauan dijalankan oleh Guru Mata Pelajaran.

Penilaian :

Penilaian dibuat melalui semakan hasil kerja pelajar selepas Projek serta Pembentangan semasa P&P oleh pelajar. 10% disumbangkan kepada PAT.

Penambahbaikan :

Penambahbaikan akan dilakukan selepas hasil penilaian diperolehi.